Usaha Ke Arah Kemerdekaan
Sejarah Tingkatan 4
BAB 7: USAHA KE ARAH
KEMERDEKAAN
“Membina jambatan perpaduan melalui permuafakatan politik dan sistem pendidikan kebangsaan sebagai prasyarat kemerdekaan.”
๐ก 7.1 Latar Belakang Idea Negara Merdeka
Idea kemerdekaan dicetuskan oleh pelbagai pihak dengan matlamat yang berbeza sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua:
- Kesatuan Melayu Muda (KMM): Memperjuangkan “Melayu Raya” (gabungan Tanah Melayu dan Indonesia).
- Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM): Menuntut merdeka melalui konsep “Melayu Raya” dan kedaulatan rakyat.
- UMNO: Menuntut kemerdekaan melalui rundingan secara berperingkat (Slogan: Hidup Melayu kemudian Merdeka).
- Parti Islam Se-Malaya (PAS): Menuntut kemerdekaan berasaskan hukum Islam.
๐ค 7.2 Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC)
Penubuhan CLC pada 1949 bertujuan menyelesaikan konflik antara kaum sebagai persediaan berkerajaan sendiri.
Tokoh Utama: E.E.C. Thuraisingham (Pengerusi), Dato’ Onn Jaafar (Wakil Melayu), Tan Cheng Lock (Wakil Cina).
Isu & Penyelesaian:
- Politik: Bersetuju mengadakan pilihan raya berperingkat.
- Kedudukan Ekonomi: Penubuhan RIDA (kini MARA) untuk membantu ekonomi orang Melayu.
- Pendidikan: Bersetuju mewujudkan sistem pendidikan yang seragam.
๐๏ธ 7.3 Sistem Ahli (1951)
Merupakan sistem yang melatih penduduk tempatan menerajui pentadbiran sebelum merdeka.
Ciri-ciri: Ahli bertaraf “Menteri”, bertanggungjawab menjaga portfolio (jabatan), dilantik oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
Ahli Terawal:
- Dato’ Onn Jaafar Ahli Dalam Negeri.
- E.E.C. Thuraisingham Ahli Pelajaran.
- Tunku Yaacob Sultan Abdul Hamid Ahli Pertanian & Perhutanan.
๐ 7.4 Sistem Pendidikan Kebangsaan
Tujuannya adalah untuk memupuk perpaduan kaum melalui sistem persekolahan yang sama.
Laporan Barnes (1950)
Cadang sekolah rendah guna Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Cadang sekolah rendah guna Bahasa Melayu dan Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Laporan Fenn-Wu (1951)
Mewakili masyarakat Cina yang mahu mengekalkan sekolah aliran Cina.
Mewakili masyarakat Cina yang mahu mengekalkan sekolah aliran Cina.
Ordinan Pelajaran (1952)
Undang-undang yang menetapkan sekolah kebangsaan sebagai matlamat akhir.
Undang-undang yang menetapkan sekolah kebangsaan sebagai matlamat akhir.
โ๏ธ 7.5 Kerjasama Politik ke Arah Kemerdekaan
Kebangkitan parti politik membawa kepada kerjasama pelbagai kaum.
- Independence of Malaya Party (IMP): Dato’ Onn Jaafar cuba satukan kaum dalam satu parti (kurang berjaya).
- Persidangan Kebangsaan: Dianjurkan oleh IMP untuk bincang pilihan raya persekutuan.
- Konvensyen Kebangsaan: Dianjurkan oleh UMNO-MCA untuk menuntut pilihan raya segera.
- Pembentukan Parti Perikatan: Kerjasama UMNO dan MCA (kemudian MIC) memenangi Pilihan Raya Perbandaran Kuala Lumpur (1952).

Kuiz Sejarah Tingkatan 4
Uji pengetahuan anda! Pilih bab di sebelah dan mulakan cabaran minda anda sekarang.
